Selepas lebih lima tahun usia perkahwinanku akhirnya aku telah menjadi seorang Ayah. Lamakan baru aku ada anak, kalau korang nak tahu masa aku baru-baru kahwin dulu memang aku ada berniat kalau nak ada anak biarlah masa isteriku habis belajar. Lupa pulak nak cerita, masa aku baru kahwin isteri aku telah mohon untuk sambung belajar kat UPSI untuk program khas pengsiswazahan guru (PKPG). Masa tu isteri aku masih mengajar kat Tapah, Perak. Aku pulak mengajar kat Johor Bahru, kira seorang kat utara, seorang kat selatan le masa tu. Selepas isteriku habis belajar baru ler, isteriku dapat pindah ke Johor Bahru. Selepas berapa bulan isteriku mengajar kat Johor Bahru, aku dapat berita gembira, sebab tak lama selepas tu isteriku disahkan mengandung..kira hajatku telah dimakbulkan. Aku bersyukur sangat pada Allah kerana bagi aku peluang untuk menjadi seorang Ayah.
Kalau ikut due isteriku sepatutnya dijangka bersalin pada 20/07/2007 tapi dah sampai tarikh tu isteriku masih belum ada tanda-tanda sakit nak bersalin..kira dah over due le masa tu. Aku ingat lagi tarikh 22/07/2007 sebab masa tu lebih kurang pukul 3 pagi kot, aku telah menghantar isteriku ke hospital, sebab dah ada tanda-tanda sakit nak bersalin. Selepas isteriku ditempatkan di wad bersalin, aku pun balik rumah dulu sebab perlu bersiap untuk pergi bekerja. Dekat tiga hari juga isteriku duduk wad, tapi masih belum nak bersalin lagi. 24/07/2007 aku dapat panggilan telefon dari isteri, doktor cakap nak paksa suruh bersalin sebab dah over due berapa hari. Lebih kurang tengah hari tu aku dapat panggilan lagi dari isteriku yang dia dah masuk kad bilik bersalin, kelam kabut juga aku masa tu, cepat-cepat aku pergi ke hospital. Sampai kat hospital aku terus pergi ke bilik bersalin tempat isteri aku ditempatkan, kira nak temankan isteri aku ler masa tu. Masa kat dalam bilik bersalin tu, jangan tanya ler perasaan yang aku lalui macam mana, rasanya semua ada kot, sedih ada, risau ada. Tak sanggup aku tengok keadaan isteri aku masa tu, rasanya bergenang air mata aku, cuma tak menangis je.. berapa kali juga aku keluar masuk bilik bersalin tu. Dekat 12 jam juga tunggu, tapi isteri aku belum nak bersalin juga, dari tengah hari sampai tengah malam aku tunggu kat hospital, doktor cakap kalau sampai pukul 12.30 tengah malam tak bersalin lagi, isteri aku mungkin kena operate. 25/07/2007 akhirnya isteri aku kena lahirkan anak secara operate, tak dapat le aku tengok saat anakku dilahirkan. Lebih kurang pukul 1 pagi isteri aku di bawa ke bilik pembedahan. Dekat tiga jam juga aku tunggu, lebih kurang pukul 4 pagi kot baru isteri aku keluar dari bilik bedah. Masa isteri aku keluar dari bilik bedah tu, nurse suruh ikut sekali balik ke wad. Lepas hantar isteri aku ke wad, nurse ajak aku pergi tengok anak. Nurse tunjuk anak aku, nurse buka pampers anak aku tunjuk dia punya anu he he he....aku dapat anak lelaki.First time aku tengok anak aku, comelnya anak aku, putih melepak, masa tu ada 4 baby lain, kira anak aku ler yang paling besar. Aku ambil anak aku, aku azankan kat telinga kanan anak aku, qamat kat telinga kiri. Lepas tengok anak aku, aku balik ke wad jumpa isteri aku. Aku cium dahi dan pipi isteriku, aku cakap kat isteriku, anak kita comel...he he he. Lepas jumpa isteri, baru aku balik rumah bawa uri anak aku sekali. Sampai kat rumah selepas subuh aku tido sekejap. Selepas bangun dari tido, lebih kurang pukul 10.30 pagi tu aku mandi dan bersiap-siap nak pergi Plaza Angsana sebab nak beli barang-barang untuk uruskan uri anak aku. Korang tahu apa yang terjadi masa tu he he he, masa aku balik rumah selepas pergi Plaza Angsana baru aku perasan yang aku pakai baju terbalik.... kah kah kah, nasib baik takde orang yang tegur aku masa tu..kelakar betul le. Macam mana aku boleh tak perasan.
Tapi dari pengalaman yang aku lalui nie, baru aku tahu susah payah seorang isteri sewaktu hendak melahirkan anak. Pada semua wanita yang ada pengalaman saat melahirkan anak, aku memang respek dengan korang semua. Pada semua lelaki yang mempunyai isteri, hargailah isteri anda. Pada semua yang bergelar anak, sayangilah ibu anda, kerana ibulah yang bertarung nyawa saat melahirkan kita.
Hampir setahun aku bertunang dengan isteriku, akhirnya kami ijabkabulkan pada hari Sabtu - 14/12/2002 dekat rumah sebelah pihak isteriku di Segamat. Aku nikah pada sebelah malam, dengan sekali lafaz je, 'Aku terima nikah...........dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai.....'akhirnya sah aku telah bergelar sebagai seorang suami. Lepas nikah ada majlis malam berinai pulak..lepas habis majlis malam berinai tengah malam tu aku dengan ahli keluarga balik semula ke kampung dekat Negeri Sembilan. Esok harinya, Hari Ahad tu baru ler majlis persandingan dan kendurinya. Majlis sebelah keluarga aku pulak selang seminggu selepas majlis di pihak perempuan...aku buat majlis tu kat rumah di Johor Bahru sebab ayah aku masa tu kerja dekat sana lagi...Terima kasih ler kepada rakan-rakan yang hadir masa tu.
Kisah nie berlaku masa dah berapa tahun aku kerja, masa tu aku dah pun pakai kereta. Antara aktiviti kegemaran ayahku ialah pergi memancing, biasanya ayah aku akan pergi memancing kat kolam ikan berbayar, sekali masuk tu bayar dekat RM30 untuk 3 jam. Antara kolam ikan yang kita orang biasa pergi ialah kolam ikan damai dekat Taman Perling. Kebiasaannya ayah aku akan ajak aku sekali sebab aku pun minat memacing juga, kadang-kadang dia ajak adik aku. Suatu malam tu ayah aku pergi memancing sorang diri dengan menaiki motor..aku tak ikut sebab sibuk sikit masa tu sebab ada kerja nak kena buat. Nak dijadikan cerita, malam tu mak aku dapat panggilan telefon dari seseorang beritahu ayah aku kemalangan masa dalam perjalanan nak ke tempat memancing..kat Taman Perling. Aku punya berdebar masa tu jangan cakap ler. Lepas dapat tau kat mana lokasi ayah aku kemalangan, aku pun cepat-cepat ke tempat lokasi dengan adik aku yang nombor 3. Sampai di lokasi kejadian, aku tengok ayah aku dah takde kat situ, orang yang ada kat situ beritahu ada kereta dah bawa ayah aku ke hospital. Aku tengok motor yang ayah aku bawa nampak teruk juga..aku pun tak tahu macam mana keadaan ayah aku masa tu. Kalau ikut cerita orang yang nampak kejadian tu, ayah aku kena langgar dengan sebuah kereta kancil..yang aku geram tu pemandu kereta kancil tu boleh belah gitu aje lepas langgar ayah aku...kira kes langgar lari le nie. Ada motor yang cuba kejar kereta tu tapi tak dapat. Kalau aku tahu dan jumpa memang aku belasah orang tu cukup-cukup. Motor yang dah teruk kena langgar tu,adik aku bawa balik rumah. Aku pulak balik rumah ambik mak aku dan bawa ke hospital. Sampai di hosiptal aku dengan mak aku terus ke tempat kecemasan. Masa kat tempat kecemasan tu, aku nampak ayah aku tengah duduk dekat kerusi roda sambil menahan kesakitan. Aku minta kebenaran pegawai kat situ untuk masuk nak tengok keadaan ayah aku. Bila masuk kat dalam bilik tu aku tengok kaki ayah aku, dia punya kepala lutut dah pecah..kira kaki patah le. Malam tu ayah aku di masukkan ke wad. Selepas ayah aku dihantar ke wad aku pun hantar mak aku balik rumah dulu, lepas tu aku datang balik, malam tu aku yang tunggu dan jaga ayah aku kat hospital. Dekat dua minggu juga ler ayah aku duduk dekat hospital tu. Waktu siang mak aku yang tunggu kat hospital, waktu malam aku pulak take over. Selama dua minggu tu, macam tu le rutin harian aku, tengah hari aku datang melawat, sebelah petang aku bawa adik-adik aku datang melawat dan bawa mak aku balik, malam aku pulak yang jaga sampai subuh, lepas subuh aku balik rumah siap untuk pergi kerja dan hantar mak aku ke hospital setiap pagi. Dekat dua minggu tu, pihak hospital masih belum buat apa-apa dengan kaki ayah aku. Bila tiba masa untuk operation asyik kena batal je. Bila kena macam tu ayah aku pun geram juga, dah suruh puasa last-last tak jadi..dua kali ayah aku kena macam tu..last-last ayah aku minta keluar sebab geram punya pasal. Malam tu kawan-kawan ayah aku ajak bawa pergi jumpa tukang urut kaki patah. Bila dua,tiga kali cuba tarik,lipat...tukang urut tu cakap dia tak boleh buat sebab bukan patah biasa..kira tak berjaya ler, sebab ada yang putus..dia cadang ayah aku pergi hospital. Malam tu kita orang balik rumah balik. Waktu subuh tu aku terbangun, aku dengar ayah aku menangis..first time dalam seumur hidup, aku tengok ayah aku menangis..sebak juga aku. Puas juga ler mak aku pujuk cuba tenangkan ayah aku. Pagi tu kawan-kawan ayah aku datang ke rumah, dia suruh ayah aku pergi hospital pakar..lepas bincang ayah aku pun setuju nak pergi Hospital Pakar Puteri. Lepas telefon pihak hospital, ambulan pun sampai untuk bawa ayah aku ke hospital. Masa kat Hospital Pakar Puteri, ayah aku telah dibawa ke wad..doktor yang jaga cakap esok kita buat operation, lepas tu awak boleh jalan balik,..biasa le doktor bagi semangat kat pesakit dia. Esok paginya ayah aku telah dibawa untuk operation..berapa jam juga ler...doktor buat operation. Lepas habis operation, petang tu doktor yang datang chek suruh ayah aku cuba jalan..dengan pakai tongkat..cepat aje dah suruh jalan...bagus doktor tu, kalau korang ada duit pergi ler hospital pakar kalau sakit, layanan pun bagus. Dekat seminggu juga ler ayah aku duduk kat hospital tu, sebelum boleh balik rumah.
Korang pernah kena kejutan letrik? Kalau korang nak tahu aku pernah kena kejutan letrik. Masa tu aku sekolah rendah lagi, ayah aku pulak masa tu suka bela burung, macam-macam burung ada. Kira kat depan rumah aku tu dah macam ada taman burung mini. Sangkar dia besar juga sebab orang pun boleh masuk duduk dalam. Dalam sangkar burung tu pulak ayah aku siap pasang dia punya lampu...yelah kalau tak pasang lampu nanti malam gelap pulak. Nak dijadikan cerita satu hari tu aku sibuk le main dengan lampu tu..aku tak tahu pun sebenarnya mentol dia dah terbakar, bila aku on dia punya plug tengok mentol tak menyala..aku pun pergi buka mentol dia keluarkan..tengok. Kemudian aku pun masukkan aku punya ibu jari aku dalam soket tempat pasang mentol..kot kot sebab takde letrik ke, sekali ambik kau, kena kejutan letrik aku..dia punya tarikan letrik nie memang kuat kalau korang nak tahu. Nasib aku memang baik sebab aku berjaya tarik balik aku punya ibu jari..kalau tak, tak tahu ler apa jadi dengan aku..pucat juga aku masa tu. Ayah dengan mak aku pun tak tahu pasal cerita nie...he he he sebab aku tak pernah cerita pun kat diaorang. Jadi jangan ler pandai-pandai jadikan jari korang sebagai test pen....tobat aku takkan buat lagi.
Masa tu tahun 1999 kot, badan aku letih semacam je, atas nasihat rakan suruh aku pergi hospital buat pemeriksaan, masa tu mata aku pun dah kuning sangat. Masa pergi hospital aku pergi bahagian pesakit luar. Bila turn aku tiba untuk jumpa doktor, aku pun cerita ler apa masalah aku kat doktor. Doktor suruh aku pergi buat ujian darah, lepas buat ujian darah kena jumpa doktor balik. Masa kat lab untuk buat ujian darah, pegawai yang buat ujian darah tu kata darah aku ok, takde kena hepatatis ke, atau jaundis, kira clear ler. Bila jumpa doktor balik, doktor bagi aku cuti sakit 7 hari, suruh rehat kat rumah, makan ubat yang pihak hospital bagi. Doktor bagi satu tarikh suruh aku datang balik untuk lihat perkembangan aku macam mana. Lepas cuti sakit 7 hari tu aku datang balik hospital..bila doktor chek tengok macam takde perubahan je. Doktor cakap nak tahan aku masuk wad, untuk terima rawatan lanjut. Bila aku tahu nak kena tahan wad tu aku siap balik rumah lagi untuk hantar kereta dan ambil baju. Aku datang balik hospital naik bas. Masa kat hospital tu aku di bawa ke wad dengan menaiki ambulan, he he he merasa aku naik ambulan, padahal dekat je wad tu jalan kaki pun boleh..agaknya dia takut aku lari balik kot. Aku ditempatkan di Wad Blok D. Masa duduk wad nie..aku asyik kena ambik darah je, tengah hari,petang, banyak juga ler dia ambil darah nak buat analisa.Doktor yang jaga kat wad tu pun pelik sebab tak tahu aku sakit apa..sebab bila dia tekan kat bahagian perut takde rasa keras..dia tanya aku sakit tak bila masa perut kena tekan, aku cakap tak sakit. Bila malam pulak aku tak boleh nak tido sebab ada pesakit kat tempat aku asyik mengadu sakit je...payah betul macam nie. Pagi esok tu aku kena ambil darah lagi, masa doktor buat pemeriksaan aku cakap kat doktor aku nak minta keluar wad kalau boleh. Doktor yang datang chek tu cakap,nanti dia tanya dengan dia punya ketua. Akhirnya petang tu aku dibenarkan balik, tapi dengan syarat aku kena datang balik hospital untuk pemeriksaan lanjut. Doktor nak scan bahagian dalam nak tengok bahagian mana yang ada problem. Dia bagi satu tarikh untuk aku datang hospital balik. Aku datang balik hospital ikut tarikh yang doktor bagi tu,tapi aku tunggu lama kat situ..sepatutnya pukul 2 petang..tapi dah pukul 2.45 tak panggil lagi. Aku pulak hari tu ada kelas tambahan kat sekolah...last-last aku balik gitu je..tanpa jumpa doktor. Sampai sekarang aku tak tahu aku sakit apa sebenarnya...tapi kalau ikut pemerhatian dan apa yang pernah aku baca berkaitan simptom-simptom dia. Aku rasa penyakit berkaitan hati...hati bengkak ke, hati ku luka ke..atau pun aku sakit hati dengan korang...ha ha ha. Sampai sekarang aku fobia dengan hospital...tak nak aku duduk wad lagi.
Kisah nie berlaku masa aku dah beberapa tahun kerja. Sebelum aku ada motor aku pergi kerja naik bas tambang jer bas Alec No.48 kalau tak silap ler. Lepas tu aku kena jalan kaki untuk sampai sekolah, sebab bas tu tak lalu depan sekolah aku. Lama juga ler aku pergi sekolah naik bas. Tak lama selepas tu baru aku beli motor itu pun atas ehsan ayah aku. Masa tu ayah aku jual rumah yang dia beli dekat Taman Selesa Jaya dekat 120K kot. Tolak hutang apa semua ada ler tinggal dalam 80K lagi. Aku apa lagi ngecek ler kat ayah aku pasal nak beli motor. Ayah aku bagi aku RM2000 untuk bayar duit muka untuk beli motor. Akhirnya aku pun beli ler sebuah motor honda Ex5. Aku pakai motor tu dekat dua tahun kot..banyak kenangan motor tu, aku eksiden, aku tolak motor sebab tayar pancit,aku keluar dating dan macam-macam lagi. Satu pagi tu aku nak pergi kerja, aku turun bawah, aku tengok motor aku takde, aku naik balik ke rumah tanya ayah aku kalau dia letak kat mana, sebab ayah aku pun selalu pakai motor tu kadang-kadang. Ayah aku kata kat tempat biasa. Aku pun turun lagi sekali cari motor aku...memang takde,kompom kena curi...lahabau punya pencuri...asal ler ko curi motor aku, tak pasal-pasal aku datang kerja lambat, kena buat report kat balai polis lagi.
Sebelum aku jadi cikgu, aku pernah kerja kat kilang. Kira aku pernah juga ler jadi mat kilang. Ada ler dalam 5 buah kilang aku pernah kerja.
Kilang pertama aku pernah kerja ialah kilang buat aircond. Bukan aircond yang pasang kat rumah tu, nie aircond yang pasang kat pasar raya..besar punya aircond. Masa tu aku baru lepas ambik SRP, jadi untuk mencari duit poket ler konon, aku dengan member satu sekolah pergi cari kerja..dah puas cari, akhirnya aku dengan member dapat kerja kat kilang buat aircond. Aku dapat kerja kat bahagian stor..tukang packing aircond masuk kotak. Aku kerja kat kilang tu tak lama dalam sebulan kot.. Aku dengan member-member berhenti ramai-ramai sebab tak puas hati kena marah..pasal kita orang kena tangkap tido masa time rehat untuk sembahyang jumaat. Tu ler sapa suruh tak pergi sembahyang jumaat..kan dah kantoi.
Kilang kedua yang aku pernah kerja ialah kilang dawai. Masa minta kerja kat kilang dawai nie aku baru lepas ambik SPM. Biasa ler bila minta kerja pergi dengan member ramai-ramai. Hari pertama kerja kat kilang dawai tu aku di tempatkan di bahagian mesin proses dawai. Dari dawai besar jadikan dawai kecik. Hari pertama aku dah kena tolak gulungan dawai yang berat dia dekat 1 tan lebih...tak bergerak pun siap kena tolong lagi dengan orang. Hari kedua aku datang kerja, aku tengok member aku semua dah takde, semua dah berhenti...siot betul diorang berhenti tak cakap. Tinggal aku sorang je. Dalam banyak-banyak kilang yang pernah aku kerja, kerja kat kilang dawai nie ler yang paling mencabar, hari-hari aku kena marah dengan supervisor sebab jaga mesin tak betul he he he dawai dia tak boleh kasi putus, sebelum habis kena sambung dawai tu kena pateri,bab nie yang paling aku lemah sekali susah oiit kalau tak betul sambung mesti putus punya. Kerja kat kilang dawai nie bahaya, dah ler dawai dia panas, melecur kalau kena tangan. Tiap-tiap hari mesti dapat tanda punya.Aku kerja kat kilang dawai nie cuma sebulan jer..dapat ler gaji.
Kilang ketiga yang aku pernah kerja ialah kilang buat alternator dengan starter kereta.Macam-macam model kereta punya..tapi dia punya spare part ambil dari kereta-kereta potong atau kereta lama ler, sebab dia orang bukak dan cuci balik kasi bersih macam baru. Kat kilang nie lama juga aku kerja ada dalam tiga bulan kot. Kat kilang nie cepat jer aku dapat surat conform dalam jawatan, member aku lain tak dapat, sebab aku rajin punya pasal bos kasi tawaran conform dalam jawatan..time rehat pun aku kerja he he he..tu yang dapat surat conform awal.
Kilang keempat yang aku pernah kerja ialah kilang buat bateri. Nama kilang tu kilang Eveready korang mesti pernah dengar punya. Kat kilang nie aku kerja sebagai pekerja kontrak. Aku kerja kat bahagian mesin buat bateri saiz AA. Kalau korang nak aku cerita A sampai Z macam mana bateri tu dia orang buat pun boleh. Dari logam biasa sampai jadi bateri. Masa kerja kat kilang nie aku kena kerja ikut shif 12 jam. Kalau minggu nie siang, minggu depan masuk kerja malam pulak macam tu ler. Satu hari dekat satu juta biji bateri kilang tu buat. Macam-macam model jenama bateri kilang tu buat. Aku berhenti kerja kat kilang nie sebab aku dapat tawaran masuk tingkatan 6 kat SDJ.
Kilang Kelima yang aku pernah kerja ialah kilang buat television. Aku kerja kat kilang nie sebab aku tak nak sambung masuk tingkatan 6 atas. Lepas habis tingkatan 6 rendah aku cakap kat ayah aku, aku tak nak sambung masuk tingkatan 6 atas, aku cakap kat ayah aku, aku nak kerja. Ayah aku bagi aku kerja. Tu yang aku kerja kat kilang buat TV, dekat setahun juga aku kerja kat sini.Macam-macam model tv kilang nie pasang tapi banyak model dari korea punya ler. Kat kilang buat TV nie aku kerja bahagian mesin solder. Mesin nie solder semua komponen yang terdapat kat atas board tu. Kat dalam mesin tu ada logam timah cair. Kerja aku tukang buka dia punya besi penghadang kat tepi board. Senang je kerja aku, tapi yang tak boleh tahan tu, bau tahi timah tu. Dekat setahun aku kerja akhirnya aku dapat tawaran masuk maktab...banyak kenangan masa kerja kilang dulu.
Kisah nie berlaku zaman aku sekolah menengah, masa tingkatan berapa tak ingat. Bila time cuti sekolah jer aku dengan keluarga akan balik kampung kat Negeri Sembilan. Biasanya bila balik kampung time cuti tu, ayah aku akan ajak aku pergi bersihkan kebun. Jauh juga ler kebun tu ada dalam 3KM -4KM kot, masa tu pergi kebun jalan kaki jer..sebab kereta dengan motor takde lagi. Dalam banyak adik beradik aku, ayah aku ajak aku jer teman dia pergi kebun...sebab masa tu memang aku jer yang boleh diharap..untuk tolong bersihkan kebun..sebab boleh buat kerja cepat sikit..stamina lebih he he he. Nak dijadikan cerita masa aku tengah bersihkan semak-samun, tebang pokok..entah macam mana aku tertebang pokok yang ada sarang penyengat. Apa lagi menjerit ler aku bila kena sengat. Ayah aku suruh aku lari selamatkan diri...nak lari macam mana dah semak samun jer masa tu. Banyak liang juga aku kena sengat dengan penyengat dekat 20 kot. Bengkak muka, tangan, belakang badan jangan cakap ler..sakit badan aku kena sengat. Nasib baik aku tak pengsan...kira kuat juga ler aku. Lepas aku kena sengat tu ayah aku ajak balik, jalan kaki lagi...penat tu, dah ler badan bisa-bisa..Bila sampai rumah kat kampung,mak aku tolong buangkan dia punya sengat dan sapu minyak. Sampai sekarang parut dia ada lagi, kesan kena sengat dengan penyengat.
Antara aktiviti aku masa kecik ialah tangkap ikan haruan. Korang tahu tak ikan haruan? Kalau tak pernah tengok, tengok gambar kat atas. Masa zaman aku kecik-kecik aku suka tangkap ikan haruan, biasanya aku akan pergi dengan kawan-kawan dan adik aku sekali. Korang tahu tak aku tangkap ikan haruan guna apa? pakai pancing? salah, aku guna perangkap tikus yang petak tu, yang macam sangkar, yang dalam dia boleh gantung makanan. Kreatifkan aku dengan kawan-kawan. Aku tangkap ikan haruan tu kat satu parit, parit ke longkang? he he he entah ler. Kalau korang nak tahu ikan haruan nie bila nampak orang dia akan cabut lari...so aku punya strategi, nak tangkap dia, letak perangkap tikus tu kat laluan dia keluar masuk. Bila ikan haruan tu nampak orang je mesti dia cabut..tiap-tiap hari aku mesti datang ngendap ikan haruan. Biasanya tiap-tiap pagi aku mesti pergi tengok perangkap..dan biasanya mesti dapat punya ler..sebab ikan haruan nie tak reti nak gostan bila masuk perangkap...he he he. Banyak juga le aku dengan kawan-kawan dapat tangkap..ada ler dalam berbelas ekor kot. Bukan sekali dapat berbelas ekor, sehari sekor ler.. Bila ingat balik memang best masa zaman kecik-kecik nie.
Cerita nie masa zaman aku sekolah rendah lagi, masa kecik dulu aku kira nakal juga ler..Masa tu aku belajar ngaji dengan seorang ustaz (dah arwah ustaz tu)aku nie memang pantang sikit kalau lama tunggu takde, aku cabut balik rumah...nak di jadi cerita satu hari tu masa datang untuk ngaji kat surau...tunggu punya tunggu ustaz tak datang lagi..aku dah ada plan, lepas ngaji nanti aku nak main bola pulak, sebab tak sabar tunggu, aku apa lagi dengan sepantas kilat aku pun cabut lari balik rumah, tapi nasib aku tak berapa baik sebab masa aku cabut tu boleh pulak bertembung dengan ustaz tengah naik motor on the way ke surau. Kantoi aku...nak patah balik tak boleh, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai lengan...he he he teror ler konon. Esok korang tahu apa jadi...pagi esok tu aku datang ngaji macam biasa, selamba dog jer macam orang tak bersalah, bila sampai jer time aku ngaji dengan ustaz, Pang... aku kena penampar dengan ustaz....berbekas ko..Menangis? mau tak menangis, sakit oo..he he he. Moral of the story jangan nakal-nakal...nanti kena penampar.
Masa tu aku pergi kat PPD jumpa member kat sana. Member aku tanya ko nak pergi kursus 7 minggu tak kat Pulau Pinang? Aku cakap boleh aje, yelah masa tu tengah frust ler konon, nak membawa hati yang lara he he he...Selang berapa minggu aku dapat surat kursus sekolah bestari selama 7 minggu kat Recsam, Pulau Pinang. Orang cakap sambil menyelam minum air...he he he satu Pulau Pinang aku dah ronda.Tak sia-sia aku pergi Pulau Pinang sebab kalau korang nak tahu kat Recsam ler aku bertemu jodoh dengan isteri aku..macam tak percaya je kan...Balik dari kursus aku cakap dengan mak aku yang aku nak bertunang..Kalau nak cerita panjang lagi nie..tapi biarlah rahsia...he he he.
Kisah nie berlaku masa aku sekolah rendah lagi. Masa tu hari hujan lebat. Aku tengah tolong mak aku basuh longkang kat depan rumah. Masa basuh longkang tu, aku kena angkat dia punya penutup batu dia, entah macam mana masa nak letak balik penutup dia tu boleh terkena kat ibu jari kaki aku...pergh sakit jangan cakap sampai berdarah ibu jari kaki aku. Malam tu aku tak boleh tido..Dua tiga hari juga ler aku tak pergi sekolah pasal tak boleh pakai kasut dan sakit bila berjalan. Yang lagi best lepas berapa hari tu aku main bola dengan kawan..aku nie memang pantang bila bab bola nie bila orang ajak aku mesti keluar punya. Nak dijadikan cerita petang tu aku memang tak bernasib baik..bila aku tendang bola kuku kaki aku tercabut...pergh sakit tu..mau menangis aku..memang nangis pun masa tu he he he. Sampai sekarang tanda tu masih ada lagi..kalau adik aku tanya kat mak aku kenapa dengan kuku along mak?, mak aku mesti jawab tu tandanya along kau tu rajin, suka tolong mak masa kecil...bangga siot aku bila mak aku cakap macam tu...he he he
Kisah yang aku nak cerita nie berlaku masa aku mula-mula mengajar kat STAR 1 adalah dalam 2 tahun kot mengajar. Biasa ler tiap-tiap tahun mesti ada guru pratikal datang buat pratikal kat sekolah. So nak dijadikan cerita, aku memang minat kat sorang cikgu pelatih tu, tapi dalam masa yang sama ada seorang lagi guru pelatih yang minat kat aku..apa lagi untuk berlaku adil dua-dua aku layan he he he...Yang bestnya dua-duanya tahu pasal tu....yang sorang cakap dia bini tua, yang sorang lagi bini muda he he he...bila masa ler aku kahwin dengan diorang. Kenangan lucu yang aku tak boleh lupa masa aku nak keluar dating dengan salah seorang, aku siap main nyorok-nyorok lagi kat pondok jaga takut kantoi...kang yang satu lagi pulak kecil hati pulak. Last-last dua-dua aku tinggal...sebab tak berapa sesuai kot...atau dalam erti kata lain takde jodoh kot.