Akhirnya aku jadi Ayah

Selepas lebih lima tahun usia perkahwinanku akhirnya aku telah menjadi seorang Ayah. Lamakan baru aku ada anak, kalau korang nak tahu masa aku baru-baru kahwin dulu memang aku ada berniat kalau nak ada anak biarlah masa isteriku habis belajar. Lupa pulak nak cerita, masa aku baru kahwin isteri aku telah mohon untuk sambung belajar kat UPSI untuk program khas pengsiswazahan guru (PKPG). Masa tu isteri aku masih mengajar kat Tapah, Perak. Aku pulak mengajar kat Johor Bahru, kira seorang kat utara, seorang kat selatan le masa tu. Selepas isteriku habis belajar baru ler, isteriku dapat pindah ke Johor Bahru. Selepas berapa bulan isteriku mengajar kat Johor Bahru, aku dapat berita gembira, sebab tak lama selepas tu isteriku disahkan mengandung..kira hajatku telah dimakbulkan. Aku bersyukur sangat pada Allah kerana bagi aku peluang untuk menjadi seorang Ayah.
Kalau ikut due isteriku sepatutnya dijangka bersalin pada 20/07/2007 tapi dah sampai tarikh tu isteriku masih belum ada tanda-tanda sakit nak bersalin..kira dah over due le masa tu. Aku ingat lagi tarikh 22/07/2007 sebab masa tu lebih kurang pukul 3 pagi kot, aku telah menghantar isteriku ke hospital, sebab dah ada tanda-tanda sakit nak bersalin. Selepas isteriku ditempatkan di wad bersalin, aku pun balik rumah dulu sebab perlu bersiap untuk pergi bekerja. Dekat tiga hari juga isteriku duduk wad, tapi masih belum nak bersalin lagi. 24/07/2007 aku dapat panggilan telefon dari isteri, doktor cakap nak paksa suruh bersalin sebab dah over due berapa hari. Lebih kurang tengah hari tu aku dapat panggilan lagi dari isteriku yang dia dah masuk kad bilik bersalin, kelam kabut juga aku masa tu, cepat-cepat aku pergi ke hospital. Sampai kat hospital aku terus pergi ke bilik bersalin tempat isteri aku ditempatkan, kira nak temankan isteri aku ler masa tu. Masa kat dalam bilik bersalin tu, jangan tanya ler perasaan yang aku lalui macam mana, rasanya semua ada kot, sedih ada, risau ada. Tak sanggup aku tengok keadaan isteri aku masa tu, rasanya bergenang air mata aku, cuma tak menangis je.. berapa kali juga aku keluar masuk bilik bersalin tu. Dekat 12 jam juga tunggu, tapi isteri aku belum nak bersalin juga, dari tengah hari sampai tengah malam aku tunggu kat hospital, doktor cakap kalau sampai pukul 12.30 tengah malam tak bersalin lagi, isteri aku mungkin kena operate. 25/07/2007 akhirnya isteri aku kena lahirkan anak secara operate, tak dapat le aku tengok saat anakku dilahirkan. Lebih kurang pukul 1 pagi isteri aku di bawa ke bilik pembedahan. Dekat tiga jam juga aku tunggu, lebih kurang pukul 4 pagi kot baru isteri aku keluar dari bilik bedah. Masa isteri aku keluar dari bilik bedah tu, nurse suruh ikut sekali balik ke wad. Lepas hantar isteri aku ke wad, nurse ajak aku pergi tengok anak. Nurse tunjuk anak aku, nurse buka pampers anak aku tunjuk dia punya anu he he he....aku dapat anak lelaki.First time aku tengok anak aku, comelnya anak aku, putih melepak, masa tu ada 4 baby lain, kira anak aku ler yang paling besar. Aku ambil anak aku, aku azankan kat telinga kanan anak aku, qamat kat telinga kiri. Lepas tengok anak aku, aku balik ke wad jumpa isteri aku. Aku cium dahi dan pipi isteriku, aku cakap kat isteriku, anak kita comel...he he he. Lepas jumpa isteri, baru aku balik rumah bawa uri anak aku sekali. Sampai kat rumah selepas subuh aku tido sekejap. Selepas bangun dari tido, lebih kurang pukul 10.30 pagi tu aku mandi dan bersiap-siap nak pergi Plaza Angsana sebab nak beli barang-barang untuk uruskan uri anak aku. Korang tahu apa yang terjadi masa tu he he he, masa aku balik rumah selepas pergi Plaza Angsana baru aku perasan yang aku pakai baju terbalik.... kah kah kah, nasib baik takde orang yang tegur aku masa tu..kelakar betul le. Macam mana aku boleh tak perasan.
Tapi dari pengalaman yang aku lalui nie, baru aku tahu susah payah seorang isteri sewaktu hendak melahirkan anak. Pada semua wanita yang ada pengalaman saat melahirkan anak, aku memang respek dengan korang semua. Pada semua lelaki yang mempunyai isteri, hargailah isteri anda. Pada semua yang bergelar anak, sayangilah ibu anda, kerana ibulah yang bertarung nyawa saat melahirkan kita.